Sunday, 8 March 2015

DISINILAH BERMULANYA....

Untuk memulakan sesuatu dalam hidup kita ini, melakukan benda buat pertama kalinya merupakan satu bebanan yang amat berat kerana kita akan berfikir, adakah kita mampu untuk melaksanakan apa yang hendak kita lakukan atau pun perkara yang hendak kita laksanakan itu adakah kita mampu untuk menjayakannya.

Bercadang untuk menjadi seorang VEGETARIAN sebenarnya telah lama suda saya fikirkan. Konsep ini sememangnya satu konsep yang baik untuk mempertingkatkan kesihatan diri seseorang (sebab saya seorang yg gemuk). menyebabkan saya berfikir mungkin lebih baik bagi saya untuk mengubah lifestyle ke arah yang lebih sihat.

Untuk menjadi seorang VEGETARIAN bukanlah mudah dan terlalu banyak halangan yang terpaksa saya hadapi sehingga menyebabkan saya memutuskan untuk berhenti daripada menjadi seorang VEGETARIAN. Saya telah tidak makan daging hampir setahun pada pertengahan tahun 2013 sehingga jun 2014 namun saya terhenti dan makan daging n protein yang berasaskan binatang disebabkan i'm cravings more on proteins product that make me feel insane if i'm not taken it in my daily life.

Terlalu banyak halangan, cabaran serta kurangnya sokongan menyebabkan saya beralah daripada mengamalkan konsep VEGETARIAN didalam kehidupan saya, namun saya masih lagi memikirkan bahawa saya tidak mampu untuk membuang konsep VEGETARIAN dalam kehidupan saya. 
U





No comments:

Post a Comment